Pages

Selasa, 03 Juni 2014

Sejarah Photoshop

Pada akhir 1980-an, Thomas Knoll dan John Knoll mengembangkan sebuah pempropgraman perisian grafik yang dipanggil program- pixel imaging – buat pertama kali, kemudian Image Pro, dan akhirnya Photoshop. Mereka membuat suatu persembahan diterima dengan baik kepada Russell Brown di Syarikat Adobe dan kemudian Adobe Photoshop dilesenkan pada tahun 1988. Bermulalah perkembangan suatu sejarah yang dikenali sebagai Adobe Photoshop.
Adobe Photoshop, atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. “Photoshop” bermaksud “kedai foto” dalam Bahasa Inggeris. Perisian ini banyak digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan, bersama Adobe Acrobat, dianggap sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini disebut dengan nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2, Photoshop CS3, Photoshop CS4 dan versi terbaru yang akan dilancarkan April 2010 ini adalah Photoshop CS5.
Ciri-ciri:
Photoshop dapat menerima penggunaan beberapa model warna:
  • Model warna RGB
  • Model warna Lab color model
  • Model warna CMYK
  • Grayscale
  • Bitmap
  • Duotone
Generasi-generasi Adobe Photoshop :
            Adobe photoshop memiliki beberapa produk dengan beberapa versi, yang masing-masing mempunyai keunggulan tersendiri. Berikut pengeluaran produk dan tahun produksinya :
1. 1990 Adobe Photoshop 1.0
2. 1991 Adobe Photoshop 2.0
3. 1993 Adobe Photoshop 2.5
4. 1994 Adobe Photoshop 3
5. 1996  Adobe Photoshop 4
6. 1998  Adobe Photoshop 5
7. 2000  Adobe Photoshop 6
8. 2002  Adobe Photoshop 7
9. 2003  Adobe Photoshop CS
10. 2005 Adobe Photoshop CS2
11. 2007  Adobe Photoshop CS3

12. 2008  Adobe Photoshop CS4

0 komentar:

Posting Komentar